Popular Posts

Sunday, November 21, 2010

Welcome to My Blog



ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN!

Selamat Datang ke Laman Blog baru aku..
Aku pun baru lagi kat sini..kalau boring-boring jom la sembang-sembang kat sini.
Aku jarang berpesbuk, so to u all yang nak tau my latest news leh la singgah kat sini..ada banyak lagi gambar-gambar yang nak diupload, termasuklah gambar-gambar kahwinku..dan nikah juga..walaupun dah hampir 6 bulan married, tapi tak sempat-sempat lagi nak siarkan gambar we all kat u all semua.

Kat bawah ni gambar ambil sendiri dari handphone, sorry lah bila da upload gambar-gambar ni dia jadi kecil pulak. Takpe nanti free-free nak masukkan gambar photographer punya pulak.


Ni gambar time nak tunggu pengapit pengantin lelaki datang jemput..perkahwinan pegawai tentera ni lain sikit..biasa kan mak andam or pengapit pengantin perempuan yang teman, ni orang lelaki pulak yang teman..hehe tapi yang nervousnya hari tu, menjelang beberapa minit sahaja nak berarak tiba-tiba pengantin lelaki kehilangan songkoknya..apa lagi geng2 sword barrel kelam kabut la pergi mengambilnya di mess..mujurlah kemnya tak jauh dari rumahku..huhu

Seterusnya, gambar orang tengah cuak..cuak-cuak dia pun laki aku jugak..hehe cian yayang..biasa lah first time..tapi yang hairannya dia dah banyak kali buat sword barrel kawan-kawan dia..mungkin sendiri punya majlis, sendiri yang jadi pengantin, maka terasalah sedikit berdebar-debar..hihiii


Sebelah tu pengapit dia, Kapt MN..hehe..dia ni pun tak lama lagi nak jadi suami orang gak..dalam awal tahun depan kot..




My Flower Girls...so cute
Seorang sebelah keluarga mak, seorang lagi sebelah keluarga ayah.
Syukurlah ada mereka..kalau tak terkontang kanting gak aku sorang-sorang tunggu kat depan rumah sebelum menunggu masa nak berarak..huhuu


Dup Dap Dup Dap...
Walaupun akad nikah dah selesai dengan selamat, tetapi jantung masih lagi berdebar-debar tatkala ramai mata yang memandang ke arah raja sehari yang sudah bersedia untuk upacara lalu bawah pedang bersama-sama barisan sword barrel komando.